Wednesday, January 20, 2021

Surat 11 : Bila Tetamu Menjadi Tuan Rumah

Soalan :  (Selected from 2020 inquiry)

Assalamualaikum Bang Ed,

Maaf kiranya isu yg ditonjolkan ini tak menepati citarasa blog ini, tapi y agak buntu sket ni... Begini, sy seorang perempuan bujang yg bekerja level eksekutif di Kuala Lumpur. Hidup menyewa sendirian dgn si comot (kucing oyen sy). Dah 3 tahun di KL ni bahagia je hidup kami. Sy mmg jenis private person so mmg jarang bersosial dan rumah adalah syurga sy.

Isunya, 2 bulan lepas (seminggu sebelum PKP 18 Mac), sy didatangi oleh sepupu sy, Ann. Dia mmg sepupu yg sgt rapat dr kecil... sama2 main pondok2, main masak2 masa kecik dulu. Sekolah pun sama. Bezanya, dia da berkahwin awal dan mempunyai seorang cahayamata. Dia dg dr kampung seorang saja kerana mempunyai satu inerview di KL ni. So, dia memohon jasabaik sy utk menumpang dicondo sy selama 2 ke 3 hari untuk preparation menghadiri interview itu. Sy dengan rela hati memberi kebenaran memandangkan dia sepupu rapat dan sedang memerlukan pertolongan.

Alhamdulillah interview dia berjaya. Ann diterima kerja oleh satu syarikat pharmaceutical di KL berdekatan dgn condo sy. Then dia mintak extend stay sbb start kerja terus. Sy ok je, asalkan jgn lama2 sgt... Tapi minggu depannya sebelum PKP, bila sy balik kerja... tetibe suami dan anak dia dah ada dirumah. Terkejut lah sy. Ann mintak tolong utk stay 2, 3 hari extra lagi. Berat hati, namun sy benarkan juga sbb kasihan gk anaknye rindu dgn ibunya.. 

Kemudian kerajaan isytihar PKP 2 minggu pertama.... Assudahh! Maka keluarga tu terkandas selama 2 minggu. Dlm ada masa itu, katanya suaminya cari kerja... masalahnya sampai sekarang ni dah dua bulan dan sy serabut sgt sbb:
1) Suaminya masih x bekerja dan jaga anak je

2) Utk jajan dia sekeluarga, dia setelkan.. tapi uk brg dapur, sy yg kena topupkan sbb alasan gaji dia kecil
3) Sewa rumah, utilities semua tetap sy je yg setel
4) Sy bertudung dan sy nak jaga aurat sy maka terpaksa bertudung 24-7 hingga dalam rumah

5) Privacy sy terganggu...dgn kehadiran satu keluarga tu. Semua ruang terpaksa di share dan remote TV pun bukan ditangan sy lagi.
6) Curi2 pandang dr suami Ann menggusarkan sy hingga sy tak berani berada dirumah itu tanpa Ann ada.
7) Si Comot hari2 kena buli, kena pijak, kena campak oleh anaknye..mak bapaknye langsung x hirau. bila sy tegur..dia kata.."ala..kucing je kot" stress sy.
8) Dapur selerak, pinggan x cuci dan mesin basuh ada je dorang letak pakaian dorang. 

Nak halau, sepupu.. nak biarkan.. takut semakin melarat. Tambah lg dgn PKP ni skrg.... kang abes dicanang kat kampung. Mak ayah sy juga yg malu nanti.

Tolong la bang Ed.... bg sy ilham sikit mcamana nak atasi permasalahan sy ni. Nanti sy belanja 3 layer tea k . :)

Wassalam

Gadis Gusar
Shaheila

Jawapan :

Salam Cik Eila...

Hmm.... berat gak ni actually sbb melibatkan family. I'll give u a short and simple solution k. Sebelum jadi lebih parah, u mmg kena ambil tindakan. Ada 2 cara.  Tapi sebelum guna antara dua cara ni.. slow talk dgn parents u sbgai 'insurans' ...hehehe. At least they know.

1) Mula2 u investigate dulu pasal gaji Ann... berapa income dia sebulan dan expenses dia. Dari situ u boleh kire kemampuannya. Bunyi mcm busybody, tapi demi kebahagiaan u..u kena selidik jugak. Bila dah tau... u tolong lah buat kire2 utk dia. Mmg keje extra... tapi itu je caranya. Kire sewa yg dia mampu, dapatkan lokasi / unit yg kena dgn bajet tu. kirekan juga expenses dia (roughly). Then bila semua da ada, u present je ka dia. Bgtau dia kena berdikari dan u dah tolong sebaik mungkin. Psl hubby dia u, atas dia la camne nak handle. Takkan keje dia pun u nak tolong carikan pulak kan? And bile u dah present kat dia... bg dia satu tarikh utk pindah. Sekurang2nya dia xleyh kata u zalim sbb u da permudahkan utk dia.

2) Tell her straight... bagi dia satu tarikh utk pindah keluar. Alasan u simple, u need ur privacy  and dia pun dah berkeluarga. Mmg pedih, tapi dia kena terima 'arahan' u ni. Mungkin dia akan merayu tapi u kena kuat, kalau dia meroyan.. lg mudah u nak jadikan sebab utk suruh dia keluar. Lebih2 lg kalau hubby dia masuk campur.

Ini je cara yg sesuai utk u buat. PKP ke tak PKP, benda yg perlu...maka ianya perlu. Bukan menzalimi org lain, tapi mengelakkan org lain menzalimi u. Dah cukup u tersiksa 2 bulan lebih. U need to take a rest gak. Abg rasa u need it.

Jangan lupa, do inform ur parents yea. Jadi sebelum jadi apa2 kat kampung, dorang dah dengar dr u dulu.

Hopefully actions yg u ambil hari tu...selaras dgn apa yg abg bgtau ni. Too bad its late.. tapi abg jawab gak.. maaf sgt yea. Psl 3 layer tea u.. sokay.. tak perlu pun takpe. :)

Semoga berjaya dear...

Abg Ed out!



Surat 10 : Dilemma Anak & 2 Isteri

 Soalan :  (Selected from 2020 inquiry)

Assalamualaikum Bro.,

Salam hormat. Saya dalam dilemma ni. Sy ada dua orang isteri. Dengan yg pertama tak ada rezeki utk dapat zuriat (selepas refer pd doktor), itu sebab akhirnya nikah yg no 2. Alhamdulillah dapat rezeki kembar lagi. Sebab kan itu, no 1 tak ada masalah dengan no 2 sbb anak dijaga no 1. Alhamdulillah tiada masalah selama 6 tahun kebelakangan ni.

Ok dilemma saya... Baru dapat notis untuk 'relocated' ke Kedah utk 5 tahun. Betul-betul sebelah kampung isteri yg no 1. Isteri no 2 pulak baru kerja kat KL ni 2 bulan dan dia sgt happy dgn kerja dia. Dia takmo follow. So itu dah ok. Cuma anak2 nak ikut no 1, tapi no. 2 nak jaga mereka di KL sbb dah ada pembantu rumah... dan tahun ni yg sulong masuk darjah 1. Nak tolak offer mcm tak patut lak sbb ni career advancement dan 'naik pangkat' serta aik gaji... So camne bro? Pening gak ni.... lebih2 lg dgn isu COVID19 ni... risau lak apa nak jadi nanti.

Suami @ Ayah yg pening

Jawapan :

Salam Suami @ Ayah yg pening

Da agak terlewat nak respon ni... lagipun posting ni awal Januari tahun lepas... belum start PKP lagi 18 Mac 2020... so maybe bro da ada solution dah. tapi takpa, sy bg respon juga yea...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bg pihak bro... cuma bab dilemma tu je yang agak memeningkan yea. Hmm... kalau dari cerita bro... anak2 mmg rapat dgn no 1.. dan sememangnya no 1 pula manjakan mereka sbb dia x berupaya uutk memberi zuriat buat masa ini. Pada pendapat saya, bro teruskan je dgn kerja bro... relocated ke Kedah tu dgn no 1 bukan isunya. Alhamdulillah rezeki bro sangat baik. Namun dugaan tetap ada. Sesungguhnya Tuhan takkan menduga kiranya bro x mampu hadapi. Gerak hati bro da betul, maka teruskan. Pasal anak2, haknya ada pada ibunya (no. 2), maka berikanlah keadanya. Dgn adanya pembantu, insyaAllah akan terjaga kebajikan mereka... yg penting, bro tetap bagi nafkah walau isteri bekerja. Dan bersyukurlah kerana walau no 2 tak mau ikut, namun anak2 tetap dia nak jaga. Ada kes yg isteri lepas tangan semua pd suami dan duk solo2 je berjauhan... bukan ke itu lebih berisiko? So husnuzon dgn keputusan beliau. Sesungguhnya ada hikmah utk semua ni. 

Bro pula, kalau boleh, rancang sebaiknye jadi weekend husband ke.. so at least, kasih syg tetap terpelihara... lagipun tiada siapa tau future nanti kan... Pasal anak2 tu, pujuklah mereka... InsyaAllah akan okay. And kalau boleh...ada ruang masa, bawalah no 1 melawat mereka juga sekali sekala.. atau no 2 dtg melawat ke Kedah juga... 

Namun keadaan skrg mungkin lebih mencabar dgn PKP 2.0 bagai. Tambah lg sesi persekolahan juga terbantut... so, sy berharap agar segalanya dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah k bro... Semoga dipermudahkan dan All d best! 

Bro Eddie Signing off



Monday, January 18, 2021

Kini Aku Kembali

Assalamualaikum semua... 

Waahhh... Missing U weyy! Lama da hilang dr jadi bloggist ni... semuanya sbb urusan peribadi, kerja dan family. Banyak jugak dapat soalan2 tapi x sempat nak respond... Last Mac 2017.. perghhh!! Empat tahun bhaii... byk gak soalan2 yg da outdated. Nanti nak tgk2 balik dan yg paling releven... akan di 'up' kan.

Ye la kan... banyak yg jadi dr 2017 sampai ke hari ni... Dgn kehadiran COVID19 ni yg paling parah... dah tu kena lalui PKP, pastu PKPB, ada yg kena PKPD, then PKPP bila wabak da reda. Bagaikan ombak, dia datang lagi... kena PKPB semula satu negara, pastu terkini, beberapa negeri kena PKP balik. Adehhh... mmg penangan COVID19 ni maha dahsyat... Harap2 korang semua bebas dr pandemik ini dan maintain SOP serta Penjarakkan k... jgn abaikan.. jgn ambil mudah. Sesungguhnya...COVID19 mmg wujud dan benar.

Apa-apa pun, kalau ada persoalan pasal kehidupan.. especially pasal hubungan... bole je main tanya2 k... then abg tgk kalau abg leyh main jawap2 lak..hehehe. Nanti akan ada yg tanya.. "Why u come back arr?" Senang je ku jawap... "Coz i miss writing..." or kalau nak brutal sket, jawap je.. ":Suka hati mak bapak pak su aku belah sepupu tiri aku lah!"...hahahaha.

So jom kite belek2 surat2 yg ada dan tgk kalau ada yg masih releven yea... hihihi.

Wachaaa!!