Soalan : (Selected from 2020 inquiry)
Assalamualaikum Bang Ed,
Maaf kiranya isu yg ditonjolkan ini tak menepati citarasa blog ini, tapi y agak buntu sket ni... Begini, sy seorang perempuan bujang yg bekerja level eksekutif di Kuala Lumpur. Hidup menyewa sendirian dgn si comot (kucing oyen sy). Dah 3 tahun di KL ni bahagia je hidup kami. Sy mmg jenis private person so mmg jarang bersosial dan rumah adalah syurga sy.
Isunya, 2 bulan lepas (seminggu sebelum PKP 18 Mac), sy didatangi oleh sepupu sy, Ann. Dia mmg sepupu yg sgt rapat dr kecil... sama2 main pondok2, main masak2 masa kecik dulu. Sekolah pun sama. Bezanya, dia da berkahwin awal dan mempunyai seorang cahayamata. Dia dg dr kampung seorang saja kerana mempunyai satu inerview di KL ni. So, dia memohon jasabaik sy utk menumpang dicondo sy selama 2 ke 3 hari untuk preparation menghadiri interview itu. Sy dengan rela hati memberi kebenaran memandangkan dia sepupu rapat dan sedang memerlukan pertolongan.
Alhamdulillah interview dia berjaya. Ann diterima kerja oleh satu syarikat pharmaceutical di KL berdekatan dgn condo sy. Then dia mintak extend stay sbb start kerja terus. Sy ok je, asalkan jgn lama2 sgt... Tapi minggu depannya sebelum PKP, bila sy balik kerja... tetibe suami dan anak dia dah ada dirumah. Terkejut lah sy. Ann mintak tolong utk stay 2, 3 hari extra lagi. Berat hati, namun sy benarkan juga sbb kasihan gk anaknye rindu dgn ibunya..
Kemudian kerajaan isytihar PKP 2 minggu pertama.... Assudahh! Maka keluarga tu terkandas selama 2 minggu. Dlm ada masa itu, katanya suaminya cari kerja... masalahnya sampai sekarang ni dah dua bulan dan sy serabut sgt sbb:
1) Suaminya masih x bekerja dan jaga anak je
3) Sewa rumah, utilities semua tetap sy je yg setel
4) Sy bertudung dan sy nak jaga aurat sy maka terpaksa bertudung 24-7 hingga dalam rumah
1) Mula2 u investigate dulu pasal gaji Ann... berapa income dia sebulan dan expenses dia. Dari situ u boleh kire kemampuannya. Bunyi mcm busybody, tapi demi kebahagiaan u..u kena selidik jugak. Bila dah tau... u tolong lah buat kire2 utk dia. Mmg keje extra... tapi itu je caranya. Kire sewa yg dia mampu, dapatkan lokasi / unit yg kena dgn bajet tu. kirekan juga expenses dia (roughly). Then bila semua da ada, u present je ka dia. Bgtau dia kena berdikari dan u dah tolong sebaik mungkin. Psl hubby dia u, atas dia la camne nak handle. Takkan keje dia pun u nak tolong carikan pulak kan? And bile u dah present kat dia... bg dia satu tarikh utk pindah. Sekurang2nya dia xleyh kata u zalim sbb u da permudahkan utk dia.