Thursday, February 16, 2017

10 things a SMART guy would know about his girl in 30 seconds

Given a scenario a guy meets up with his partner (GF, Wifey or scandals), the APPEARANCE of that person will be noticed easily if the guy is sensitive enough or in other words, SMART enough!!hehehe....  Dear ladies, see if the list fits your loved ones...hehehe


The list :

  1. He knows if u are SUSPECTING him of sumthin' .... and he quickly, openly ask u about it directly..
  2. He knows if u are  EMOTIONALLY UNSTABLE (PMS related)....and he'll let u have ur way..

  3. He knows if u are BORED with the RELATIONSHIP... and he'll try to spice it up...
  4. He knows if u feel CHALLENGED and gonna FIGHT BACK..... and he'll b reserved in his comments
  5. He knows if u are ANGRY at him... and he starts to cool u down... chill u out... and make u smile..
  6. HE knows if want u wanted him to HUG and CARESS u in his arms.... and he did just  that!
  7. He knows if u are HAPPY... and he becomes happier
  8. He knows if u are SAD... and he holds u and console u....
  9. He knows if u NEEDED HIM at that instance.... and he gave full attention to what may came out from your mouth
  10. He knows if u are HORNY! ....and he DIMs DOWN the lights!!! hehehe.....
.....did i miss a point??hikhik...


LELAKI vs PEREMPUAN

Baca dan nilaikan.... adakah anda bebas dr sifat2 berikut?? Tepuk dada... tanye Pak Abu kat kedai basikal tu k... hahaha


7C yg boleh menyebabkan lelaki hilang minat pada perempuan:
  1. COMOT - Penampilan yg selekeh, terutama ketika keluar bersama pasangannye dikhayalak ramai.. ia bakal memberi pandangan yg sebaliknye kepada pasangan anda....ouch!
  2. CEREWET - Terlalu cerewet sehingga melemaskan pasangannye....huhu. Amalkan bertolak ansur dan bertoleransi dalam penetapan kemahuan diri dan juga pasangan
  3. CEMBURU - Cemburu tandanye sayang, namun kalau terlalu cemburu, tandanye mengongkong....bahaya ni sbb pasangan anda akan senantiase berfikir yg dia dicurigai.....hikhik
  4. CUAI - Terutama sekali bile melibatkan masa, berusahalah utk menetapi masa yg dijanjikan.. penantian itu penyiksaan... kalau kengkadang ok lagik, kalau selalu.....hampesss jadiknye
  5. CELUPAR - Menurut Dr. Fadzilah, perempuan yg cantik skalipun akan kelihatan hodoh jika celupar mulutnye..huhu, so jaga lah apa yg bakal keluar dr mulut anda...weeeee~
  6. CABUL- Maksud disini mencabul kehormatan diri sendiri dengan pergaulan yg amat bebas dgn lelaki2 lain tanpa menghiraukan perasaan dan maruah pasangan sendiri
  7. CABAR - Jangan mudah mencabar atau menerima cabaran tanpa memikirkan perasaan pasangan anda... leyh gaduh jadinye..hikhik
7G yg boleh menyebabkan perempuan hilang minat kepada lelaki:
  1. GARANG - Garang tidak bertempat, suka mencarut, cakap kasar, silap sket x boleh...dan macam dia jek yg betul... hehehe...
  2. GANAS - Ringan mengangkat tangan, kaki pukul, tolak, tarik dan juga suka memaksa. Kudrat pd seorang lelaki bukan calangnye pd perempuan... lagipun, kaum wanita perlu dihormati, bukan utk di pijak sampai mati..haishhh!! 
  3. GEMENTAR - Tiada keyakinan pada diri sendiri, berdolak dalih, bergantung kepada org lain utk membuat keputusan, teragak-agak dalam percaturan hidup dan ini bisa bikin org perempuan.... boringggggg!! huhu.....  
  4. GELOJOH - ini satu keadaan kronik dlm apa jua tindakan.... maupun dr cara makan, bekerja, secara pandangan & lain-lain. Lebih2 lagi kalau melibatkan unsur2 seksual... gelojoh hanye membawa padah.. padah kene 'dump!!'..huhu
  5. GATAL - Ini pula satu sifat yg mmg sudah azali pada lelaki, namun tahap kegatalan memasing adalah berbeza. Elakkan 'gatal & buat'... ia lebih parah dar 'gatal & lihat' sahaja....
  6. GADUH2 - Perempuan secara amnye tidak suka keganasan, lebih2 lagi lelaki yg jenis suka cari gaduh... atau suka melibatkan diri dlm pergaduhan2... maybe 'macho' pd sesetengah, namun majoritynye, perempuan menganggap itu sumer tindakan bodoh dan sia2 (seperti road bully...gangsterism...dll)
  7. GENTLEMAN X - Maksudnye, tiada unsur 'gentlemanship' pd lelaki itu.... perkara seperti mementingkan diri sendiri, suka mengambil kesempatan, terlalu mengagungkan ego dan sbginye.... ini  adalah antara pencetus keretakan hubungan yg tertinggi masakini....

RENUNG2KAN LAH.... JIKA ADA ANTARA ANDA MEMPUNYAI BEBERAPA SIFAT2 TERSEBUT... BERUSAHALAH UTK BERUBAH.... SEMOGA IA MEMBAWA BERKAT DLM PERHUBUNGAN KORANG SUMER YEA.... 

*Sowii kalau ader yg terkene tepat sgt atas btg hidung yea.... nobody is perfect kan... ahaks! :)

Anak.....REZEKI Teragung Ciptaan Tuhan

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas (secara fizikal, ia boleh mencacatkan saraf-saraf yg penting)

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Pakailah rotan yg halus sebagaimana diterangkan di dalam hadis-hadis, sambil meletakkan senaskah buku dibawah ketiak ketika merotan anak. (Untuk mengelakkan ibubapa terlanjur memukul tanpa batasan)

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak (Bertujuan merangsang untuk lebih berfikir dr pengajaran dirotan). 

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. (Bersabarlah dengan perkembangan tersebut sambil bersedia untuk memberi tunjukajar jika perlu)

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana anak-anak akan terus membesar dan masa itu juga akan terus berlalu dan tak akan kembali (Asingkan masalah kerja tanpa membabitkan anak-anak. Sememangnya sukar, namun sedikit sebanyak akan menganggu pemikiran anak-anak jika tidak diasingkan permasaalahan tersebut)

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.(Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban)

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya (Agar mereka rasa yg kita senantiasa berada disaat mereka memerlukan).

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.(Pastikan yang kearah yang sihat)

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali (Kesabaran amat penting untuk ini)

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. (Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda sbg ibu atau bapa)

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka (Senantiasalah menenangkan mereka dengan mengolah kepada unsur yg lebih positif).

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.(Mengajar erti 'penghargaan')

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam (Utk lebih afdhal, teman untuk bacaan doa sebelum tido dan Al-Fatihah bersama-sama).

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa (Namun perlu diterapkan kepada anak-anak yang anda telah berusaha sebaiknya).

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga (sukar, namun ianya perlu dititikberatkan).

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri (Mungkin disuatu hari, anak-anak juga akan mendengar tangisan ibu bapa yg sudah tua).

Renung-renungkan lah....

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya........."



Syaitonnirrajim..... dan tugasan2nye....

Tertarik dgn satu simple write up abt nama2 syaitan... So i took initiative to search for summore.... so now, kenalilah Syaitan2 yg bermaharajalela disekeliling kita...... and kalau boleh, pastikan tak namakan dgn nama2 ini utk anak2 anda yea...

Al Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
Al Afrit - Penipu-penipu

Al A'waan - Pelayan-pelayan
Al Tayaaruun - Penerbang-penerbang
Al Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
At Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
Al Qurana - Pengawan-pengawan
Al Ummaar - Pemakmur
Al Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Al Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Al Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
Al Qarin – Mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.
Al Wilhan - Menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk
Al Hinzab – Mengganggu manusia sedang solat
Al Thibr - Bertugas khusus untuk membinasakan manusia.
Al Awar - Menggoda manusia untuk melakukan zina.
Al Mabsut - Membisikkan manusia supaya berdusta.
Al Murrah - Menggalakkan kita mendengar muzik
Al Musawwit - Menggalakan kita menyampaikan benda-benda yang tidak betul ( fitnah dan gossip )
Al Wassin - Melaga-lagakan orang.

Jauhi lah dr mereka2 ini.... dekatikan diri dgn yg Esa.... InsyaAllah, terhindar dr melakukan apa yg dilarang....

Aminn...

(ni pun brape ramai setan2 nih duk tembak panah berapi so that i won't post this..ciss bedebah!! nyah ko dr sisi2 ku....Allahuakbar!)


Wanita & Tangisan.........


Kisahnya.......


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa ibu menangis?'

'Kerana ibu seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.

'Aku tidak mengerti', kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'

'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Setelah di cari.....jawapannyer ditemui...:

Dimana, Allah telah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '

'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '


'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'


'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya 


'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya 


'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'


'Dan akhirnya, Aku memberinya AIR MATA untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'


Dari itu,

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.... 'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. tempat dimana cinta itu ada dan airmatanya melambangkan keteguhan hatinya....'


So pada kaum2 IBU especially, even yg pernah di gelar RATU AIRMATA....dun worry... sesungguhnyer... itulah antara keistimewaan yg di beri Allah SWT....... 

in other words...it's OKAY to cry.....

Muahhss 2 all d ladies......


*Namun, apa pula airmata utk LELAKI? hurmm.......

Time Gila-Gila Remaja dulu....

Assalamualaikum.... and again, Hi...


Alang2 dah story2 pengalaman masa kanak2, let's go on 'Remaja ' time pulok... Shall we?



Masa remaja pasti setiap org ada hobi atau minat sendiri bukan....? As for me... always looking for a fun thing to do... or shall i say, bahaya gak actually... mari ku bawa dikau ke salah satu sejarah keremajaanku dulu....



Aku giler akan sukan permotoran..namun zaman dahulu sekitar 1988 - 1991, semuanya serba kurang canggih bukan seperti sekarang... Tapi aku x pandai sgt pasal racing2 nih (Disclaimer)



Tahun '88.... masa zaman tuh... Aku ngan bebudak Melawati tubuhkan group TOM's Racing (Team Org Melawati). Mmg pada awalnya jadik musuh pada Chicago Bears Motorsport (CBM) ngan Beach Boys Racing (BBR). Lokasi 711 (dulu) kat US embassy jalan Tun Razak jadi port. Mula dari situ, pastu lanjut ke hiway Bukit Raja (time xder toll lagik) then ke track batu 3 shah alam sebelum berakhir di KL balik. Semuanya demi kerana melampiaskan nafsu berlumbe..



Until one nite, aku 'ter'eksiden ngan Ain (salah sorang general CBM).. suddenly jadik member baik pulok....hehehe. Cikgu (boss CBM) pun ok.. Lem (Boss BBR) pun ok... so dari situ lah bermule arena permotoran mencecah 100 biji kereta berkonvoi... gabungan TOM's, CBM ngan BBR telah meng-iri-hatikan satu group BMW Jinjang until dorang ajak bet utk 5 lap keliling Jalan Tun Razak bermula dr simpang 4 Ampang Park dan U-Turn kat hospital Petronas skrg. So dorang kuar 4 biji.



Kamal (CBM) kuar ngan Toyota XE hijau dia, aku kuar ngan Lancer 1400 gua (yg dah upgrade 1600 GSR time tuh)... Lem masuk ngan Civic Bullet (time tuh kete dia paling canggih)... Tapi kite ade secret weapon... kite ade Peugoet 405 (abang) yg time tuh ter-amat-lah powernyer lepas conversion... yg standby kat paling belakang..huhuhu, .nmpk cam kete x power..tapi power gilos..



Aku ler pembakornyer.. ngan plate number ngancam WY 808 (org panggil gua "Y"BOB). Di tambah lak ngan kaler solid Navy Blue dan bercermin gelap almost 100% gelapnyer, berserta ngan tayar 225/45 (belakang) dan 215/40 (depan), brand Sumitomo, siap ngan spacer bagi kangkang baekkk punyer. Rim depan 2 piece, blakang 3 piece sbb kelebaran tayar. Dengan side ekzos dan meniarap head front 2 1/2 inci dr tanah ngan modified Renault spring memulakan pembakaran... engin berdengung sbb pakai Half Race Cam kat enjin... extractor time tuh, gua dah pakai solid chrome 4 to 1, 2 1/2 inci straight thru pipe ke kiri body. Org dok pakai Super Cable, gua pakai self modified 15mm single core electric cable jek dr spark plug ke distributor; meaning, 100% spark ...100% power msk distributor. Cume bising kat radio sbb xder Suppressor...tapi apa kire, nak berlumbe, bukan nak dengor lagu... bunyik ekzos tuh la menjadi lagu ku..ekekekek. Engine baru belen wat blueprint, flywheel br skim... seat blakang bukak.. speaker mahal2 simpan umah xnak beratkan kete.. minyak pun isi separuh jek sbb xnak berat liquid..hehehe... cume Anti-Roll bar jek x sempat pasang...huhuhu. Time tuh lak duk meng-revkan enjin jek. Mamat2 BMW jinjang lak pakai 2 M3 kotak, dan 2 modified 318i.... punyer la hangin sampai mencarut-carut kat haku...geng aku yg laen.. maintain kewl jek sbb nak bior mamat2 BMW tuh tumpu kat aku jek ngan dendam (dr dulu dah jadi strategi sbgai kambing itam..hehehe)..



Then, lampu hijau jek, apalagik.. vrooooommm lerr...!! Masa tuh adrenelin cam dah x leyh kontrol...debaran terasa...gegaran...terasa jua...huhu... aku lead masa lap 1.. then mamat M3 2 biji tu sayur aku, tapi Kamal (CBM) lak tapau dorang on 2nd lap... 2 lagik 318i mcm haram geraknyer... ingat power..chehhh!! Pastu masa lap 4, wa sau kiu balik.... until masuk last lap.. M3 warna itam tuh tibe2 pesit. Masa tuh la, Peugeot 405 yg main follow jek terjah... abis di potongnyer. M3 amik track dia, aku folo blakang.. Lem (BBR) blakang aku, Kamal sblh Lem... lepas final U-Turn kat Hospital petronas tuh... masuk korner yg depan 711, Peugeot 405 amik lap luar... rapat ngan divider...mmg driver terer....side swipe pastuh full throttle bile cecah straight road (org x tau, itu lah satu2nyer peugoet 405 yg 4X4 masa tuh tu sbb secret weapon) Aku ngan bros yg lain dah amik track dlm... tapi M3 sbb terlalu ghairah nak memenggal 405, lupe track luar tu cam koner Rothmans, tayar jenis blakang pusing lak tuh, so apalagik...kababoom!! lahh atas divider btol2 dpn org ramai.... bumper tercabut.. air menyembur.. berasap abis. Member2 dia berenti, tapi dia suwoh kejor. hahahaha... Malangnyer, kiteorg sumer dah siap pasang rokok kat hujung trafik light da time tu. Tapi sbb dorang nak kaver malu, budak M3 tu paksa gak drive kete dia slow2 ke Caltex tepi jalan depan sebelah MenaraTabung Haji. Member2 dia yg lain lepak situ..... Tunggu dia sampai... sorakkan kedengaran.. MASYUKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!! Keuntungan bahagi 4! Hahaha.... pastu parking cantik2 kat Phase II dan apalagi, happening lerr... ekekekeke.



Masa tuh.. team APACHE lum timbul lagik... tapi pengasasnyer adik kepada TOM's nyer shareholder..hehehehe. Team APACHE time tuh cume gerak pakai Charade Aura Turbo yg di bawa khas dr Singapore, tapikan teknologi pengubahsuaian org2 Malaysia lagi bagus dr mana2 negara dulu. Sumernyer RAW jekk... xder pakai mesin2... nak wat balancing & allignment tayar pon pakai timbang air..klasik siot!!



Tepat jam 3.00pg... trafik wat operasi sbb mat2 rempit dah maen kat jalan tuh..siott jek.. Tak pasal2 kete aku kene tarik ke Balai Jalan Bandar. Padahal parking kat parking disko tuh. Rupenyer ade org pecah lobang kata ade race. Jalan Bandar hangin ngan polis Ampang sbb racing depan mata jek tapi x kantoi kiteorg...huhuhu.



So, dorang x bleyh tahan kete lama sbb xder bukti yg kiteorg race earlier cume leyh ugut nak barai kete kalu kene tangkap race lagik. Tapi mamat M3 tu yg paling sedeh. Dah la eksiden sampai kete hancurr....pastu kene gak tarik ke balai.. hahaha...



Overal, itu adalah sebahagian dari pengalaman aku. Kadang2 tuh bile tangan dh kat stereng, pastu kene bakor lak tuh, mmg ilang akal... Aku penah kene headhunted ngan PERT masa main kat Batu 3...huhuhu..ingat nak main pro... tapi arwah daddy nasihat gi belajo (Anak bapak..ngikut je larr...hehehe)


Itu belum cite lagik lumbe kat jalan Ulu Yam tanpa pakai lampu... bulan yg di pagar bintang lah jadik lampunyer.... bayangkan hati ngan perut tinggal kat umah... bawak telor je sbb nak race dlm gelap nih...hehehe...


Ade lagik yg time kene kejor polis... 9 biji kete polis kejar lebih 30 biji kete kat Federal Highway lepas tol Shah Alam. Tu penangan geram lepas kuar track batu 3..ekekeke... Aku selamat beb sbb aku cilok masuk ke Sungai Way exit pastu parking dlm gelap belakang bangunan..hehee. Tu sbb bile tgk fast & furious tuh kenangan lama kembali. Aku ade gak pengalaman, enjin GSR hancuss so tukar enjin Mitsubishi 2.0 Wagon...hahaha..gelak2!! Tapi power siot...walaupun enjin wagon, tapi kene pandai pilih trek. Bet kecik je, tapi trek...'layan naik genting'!!! hahahaha....budak tuh pakai civic mayat tuh tapi tewas gak ngan aku sbb aku punyer Pulling Drive kuat, almaklum la... asal enjin Wagon kann. Maybe mamat tu pikap power, tapi naik bukit dan konering, aku lg cempiyen...huhuhu. Pastu rindu gak ngan kepoweran GSR balik, then dapat sebijik lagik, tukor and re-activate myself kat jalan2 raya..huhuhu.



Banyak gak lagi pengalaman yg resmi dan x resmi.....lenkali sambung di lain masa.. . kang org marah tulis panjang2 (apa..ingat ini karang novel kaa???)



Tapi apa2 pun, BERLUMBA LAH DENGAN YAKIN & SELAMAT ..hehehehe.. itu nasihat padu dari aku...kuikuikui. Okay.. Okay... "JANGANLAH BERLUMBA DI JALANRAYA.... MASUK TRACK TEST TENGOK!" (nasihat ini sebagai Disclaimer)


Sekian


p/s... 



Rindu beb ngan zaman dulu... the adrenaline, the cars, the accessories, the gurls (opps!) the happenings....huiishhh. Bisa ngigau aku mlm nih..huhuhu. Tapi now mmg dah kureng sgt dah, anak dah nak masuk 6 org, umur dah lanjut so, maintain jek enjin standard ngan ikut speed limit. Kadang2 ade gak laju kat hiway. Cuma,  jgn sesekali di pancung, mmg aku pantang!!!! Kalau x di cubit di peha oleh cik wifey, mmg kene pancung balik la yg memancung tadik.... cam org putih kata "Old Habits Die hard".



Satu lagik.... kalau nak cucuk angin kete lain bole, cume kene pastikan kete tuh mmg di kenali lebih power & baru sbb kalu ko kalah pun, xper... sbb kire mmg dia lagik power @ baru. Tapi kalau dia kalah, jadik bahan beb!! hahaha


p/s/s....


Kpd yg terer bab2 kete ngan racing nih... pls dun condem my karangan k... Dah dari awal ngaku tak arif sgt pasal mende2 nih tapi kalu ade sesapa nak yg ade kete power cam EVO 10 RS yg dah bikin utk tujuan test run, sila panggil aku testkan k (geram pulok aku mendengarkan kepowerannyer...huhuhuh). Kene lak kalau jenis enjin tu yg 4G63, 2.2L Turbocharged DOHC MIVEC 4 cylinder by Tomei tu..lagi baguih....ade lak pakai Hewland punyer 5 speed gear shift..pasti shifting baekk punyer. Ditambah pulak isi dlm penuh ngan toyol2 seperti MoTec M800 ECU, G-Reddy Profec B-Spec ii dan Defi meter boost mmmg nangis worr... Nak jadikan citer, additional power outrun disupport oleh Turbo Kit HKS Kansai 3240, blow off valve HKS Type 2 Racing, siap ngan Wastegatenyer, disamping pakai Brembo 8 port (depan) & 4 port (blakang).... sure aku leyh jadik giler balik.. ekekekekeke..



Rayuan ku:
"Aku nak test kete woii.... sesapa ade kete power, bg la aku peluang.. hiway DUKE kat Ulu Klang tu byk gak straight road, tgh mlm kete kurang.....leyh jadi tempat merembat!!! mehh larr...hahahahaha"


Until our next story mory yea... Wassalam

__________________

Wednesday, February 15, 2017

Alam Kanak2 Ku....

Assalamualaikum... and Hi again..


Another Junior posting....



Eddie dah berumur... nak masuk setengah abad dah.... tapi camne ek? Rasa cam x tua2 lagi nihh... taubat nasuha pun idak lagi... masih duk 'Tau Buat' jek. Yet again.... eventho i'm not an angel, i'm not a Devil either.... tapi tu la...siapalah Eddie nak mengesahkannya kan...



So, let me tell you a story about myself... one of my experiences... dalam salah satu cabang kehidupan.... zaman kanak-kanak ku...




Comel bukan? hehehe.... Tapi time da besau semakin hilang kecomelanku. Cume terbit ensem lak bile da semakin berumur...hehehe



Ku dilahirkan pada 24 Mei 1969.... Yes! A long time ago... lahirku di Kuching, Sarawak. Arakian ceritanya begini... Daddy ku seorang Askar Melayu DiRaja ketika itu.... posting pula di Kuching , Sarawak... maka berkenalan dgn Mummy ku dan bermulalah episod cinta murni mereka. Akadnya di Kuala Lumpur... dan bermulalah kehidupan daddy & mummy sebagai suami isteri. 

Kemudian, posting pula di Kelantan... maka lahir lah akak sulung ku di Pasir Mas... 3 tahun selepas itu, ku dilahirkan di Kuching, Sarawak. Dan bermulalah kehidupan ku bersama daddy, mummy dan kak long ku. Adik ku pula....13 tahun kemudian baru muncul... (sibuk je sbb msh x puas jadi bongsu selama 13 tahun...hehehe). Aku membesar di Sarawak, Kelantan, Johor & Akhirnya, Kuala Lumpur.


So, balik ke zaman kanak2 ku.



Hidupku sangat ceria.... anak lelaki dan anak bongsu pula pd masa itu... ohh! Indahnya... segalanya aku yg punya. Apa saja diminta, daddy & mummy akan cube tunaikan. Kalau ku buli kak long ku pun, dia tetap bersalah dan aku lepas dr hukuman... (indah bukan?). Until one day..... tibe2 dunia ni rasa mcm nak terbalik. Bila tibe-tibe mummy dan daddy tidak mengendahkan ku.... mula mengambil sifat yg lebih positif keatas kaklong ku. Arrghh!! Konspirasi dr peringkat tertinggi apakah ini??  Kenapa tibe2 benda ini terjadi...? Kenapa kak long ku? Tak dapat diterima oleh akal..... Ggrrggrr!! Berlakunya peristiwa itu selama 2 hari berturut2... aku mula gusar + geram + resah + kecewa dan marah yg amat sangat... tapi x bisa melawan daddy ku sbb dia garang sgt. Setelah pelbagai usaha utk menjatuhkan kak long ku gagal.... aku akhirnya akur. Akur yg aku tewas the battle, but not the war!! Yes...! aku sudah ada plan...


So, satu petang, aku menulis surat...dalam bahasa yg agak tunggang langgang pada umur 7 tahun, coretan ku berbunyi "Selamat Tinggal semua, adik lari sebab semua org tak sayangkan adik lagi" ...... dan meninggalkan nota tersebut di atas meja tulis agar dijumpai oleh kak long. Lepas tu ku panjat balkoni dan menyorok di tepi pagar balkoni bersebelahan bumbung. Memang tak nampak kehadiran ku disitu selagi tidak diteliti. Maka ku rasakan sudah selamat dan terdetik didalam hati.. "Padan muka... mesti mereka akan panik dan mencari-cari ku dimerata" 


Ku dengar bunyi kereta ayahku pulang dari kerja... "Yes!! Drama akan bermula..." bentak ku. Ku dengar bunyi tapak kaki kak long ku dibilik... kemudia kedengaran dia menjerit "Mummy...! adik tak ada!". Aku tersengih sendirian. Kemudian kedengaran pula mummy naik ke bilikku bersama daddy. Kak long ku kedengaran resah gelisah. Aku semakin gembira... Mereka semakin TEWAS!! 



Tibe-tibe daddy bersuara.. "Bagus jugak adik dah takda skrg. tinggal nak jaga kak long je." Mummy pula menyahut... "Betul juga, kalau tidak ada je benda yg diminta hari-hari sampai tak terlayan dah kita... baik along ni ha.. tak nakal sangat dan tak banyak songeh". Tibe-tibe kedengaran kak long menjerit keriangan.....



Hati ku bak ditusuk meriam kereta kebal mainan ku bile ku dengari skrip mereka tadi. Sungguh tak kusangka begitu sekali mereka membenci ku.... sungguh tak terlintas di hatiku betapa kejamnya mereka... tanpa ku sedari, air mata ku menitis... aku kesedihan... aku kecewa... dan ku terasa seolah dunia ini sudah mati. terasa amat kurang kasih sayang... no, bukan kurang... TIADA kasih sayang lagi... air mata ku semakin deras mengalir... teriakkan ku semakin jelas kedengaran.... Aku rebah gemalai diatas slab simen yg dipanggil bumbung porch rumah itu.



Tiba-tiba ada satu sentuhan dari jari2 yang ku kenal.... bila ku berpaling, YES! Daddy ku.... perlahan dia menarik tangan ku bangun. Aku bingkas bangun dan mendapatkannya. Ku memeluk erat dan terus menangis didalam dakapannya. Ku lihat kaklong ku tersengih je. Aku tengah sedih, dia boleh pulak tersengih-sengih... "Jaga kau!" Kata hati ku sambil menjeling kearahnya. Kemudian ku merasa usapan jari-jari mummy ke rambut ku. semakin aku lemah dan teriakkan ku semakin kuat. Aku pasrah... Aku tewas....



Kemudian... dalam esakkan dr tangisan, ku bertanya... "Kenapa semua tak sayang adik lagi?". Kemudian daddy berkata... "Bukan tak sayang, tapi dah terlebih manja... daddy dah nampak awak panjat balkoni tadi sbb daddy kat rumah Uncle Daniel" (selang 3 rumah didepan rumah ku)... " Yang daddy semua cakap tadi hanyalah nak bagi pengajaran yang awak tak boleh sewenang-wenangnya nak ambil tindakan sendiri sebab awak masih kecil. Kene ingat, kami semua sayang dekat awak. Segala tindakan awak akan memberi kesan kepada kami. Kalau awak sayang kami semua, jadilah seorang anak yang baik. Dengar kata, kurang meminta dan sentiasa bersyukur dengan apa yang awak dapat dari kami, terutama sekali kasih sayang dan perhatian. Faham tak ni?" Kata-kata dari daddy seolah-olah membelah jiwaku.... namun aku faham... aku akur... aku terima. Ku terus bisikkan ke telinga daddy.. "Adik minta maaf dan adik tak buat lagi. adik sayang semua..... kecuali kak long".... hahaha. Daddy ku hanya tersenyum bersama mummy..sementara kak long dah turun ke bawah menonton TV.



Itu adalah one of my experience melalui zaman kecilku... pengajaran dari peristiwa ini...



Kepada Ayahanda dan Bonda2 sekelian.... gunalah Psychology yg bijak dalam mendidik anak-anak... bukan hanya perlu membiarkan atau terus belasah bila anak2 sedang meragam atau memberontak. 

Kepada anak2 sekelian.... Selagi ibunda dan Ayahanda anda bersama anda dalam segala suka dan duka anda... pastinya kasih syg mereka tak akan pudar dan menyayangi anda ke akhir hayat....


Spread the LOVE yea... remember, when there's no LOVE, You'll end up LIFEless...



Wassalam.... Chao..!