Soalan:
Bro Eddie,
I ada satu masalah. My BF suka tgk porno. Brape kali dah kantoi dlm hp dia ada vid porn. Dalam lappy dia pun ada. Dia kata hanya utk hiburan. Tapi I rasa itu addiction. Betul ke?
Gadis Risau
Jawapan:
Wahai Gadis Risau...
Bukan u yg ada problem tu. Ur BF yg bermasalah... Hehehe. Kalau dia mmg senantiasa duk nonton porno je, maybe dia ada condition addiction tu... Tapi kalau setakat tgk jarang2 tapi suka mengumpul..itu dipanggil collector! Hehehe. Apa2pun, dari segi Agama...mmg la salah dan tak elok... Dari segi moral pulak, itu aktiviti tak sihat. Jadi cuba lah nasihatkan dia utk tidak terlalu into porn. Ada bahayanya. Itu saja yg u boleh buat anyways sbb hak itu terletak atas dia sendiri. Gunakan skil yg halus dan penuh kasihsyg.... InsyaAllah dia boleh berubah. Good luck yea...
Bro Eddie
It's about LIFE... It's about LOVE... It's about almost everything to do with you.
Tuesday, February 21, 2017
Surat 06 : Bila Nafsu Cik Wifey Tinggi....
Soalan :
Bro,
A simple question. Wife aku 20, aku 38.... 18 tahun beza. Baru setahun kawen. Anak pertama dalam kandungan, usia 5 bulan. So far, takde masalah dari segi kebahagian rumahtangga dan nafkah zahir maupun batin. Cuma satu isu je... ianya berkaitan dgn SEKS. Isteri masih muda dan nafsu dia tinggi. Even sedang mengandung ni pun, masih tegar bernafsu. Kalau boleh dlm seminggu, hari-hari nak berjimak. Bukan tak mampu secara fizikal, tapi dengan kesibukkan kerja, dengan masalah2 dan isu2 luaran, kadang2 tak mampu untuk melayan. Kesian juga bila tak dapat tunaikan dan terpaksa mengecewakan dia. Apa pendapat bro?
p/s. Btw, selamat ke kandungan da 5 bulan tapi masih bersenggama?
T.Kasih
Zamri
Jawapan:
Bro Zam,
Simple question, but difficult to answer. Hehehee .
Actually bro, agak terkesan dgn soklan awak... sebabnya, aku sendiri pun beza 22 tahun dgn cik wifey. Dan at this current moment, dia pun preggie gak... hehehe. So, to relate the matter is so damn easy for me.
Alhamdullilah isu perhubungan dlm perkahwinan tiada masalah. Tapi jgn sesekali memikirkan yg masalah seksual ini masalah kecik bro. Bole jadi besar kalau tak diselesaikan segera. Berkenaan isu 'permintaan hari-hari'.... aku yakin kalau diselang-selangkan harinya, sidia masih okay. So, talk to her... slowly. Sbb tatkala dia tgh preggie ni, mmg emosi dia tak stabil, al maklum lah...byk perubahan didalam badan. kene lak 1st time kan. Cube bincang utk plan yang sebaiknya. Ada masa bro, tak perlu pun make love, especially masa weekend. Create activities. Maybe dengan cara bawak dia keluar, gi tgk wayang ke (ni kalau da beranak esok2, lepas setahun pun tak tentu boleh tgk wayang berdua...hehehe), bawak mkn ke tempat mkn yg sedap2 ke, bawa jalan2 ke shopping malls ke...sambil berpimpin tangan dgn mesra. Kalau isteri manja2, layankan aje. Kadang2, menda2 mcm ni lah yg dia inginkan. Tapi bab seks, jgn sesekali diabaikan... selagi 'mampu'...gasak je bro. She'll appreciate it so much. Pasal kandungan tu, don't worry, selagi perlakuan seks tidak ganas dan di luar tabii, insyaAllah ok (boleh rujuk dgn doktor). Yang penting, jangan menolak permintaan tu dgn keadaan terlalu tegas. Emosi cik wifey boleh tercalar nanti. Dan paling baik, kadang tu, awak lak yg rajin 'mintak'. Surely dia akan merasa sgt bahagia (sebab rasa masih diinginkan walau berubah fizikalnya) dan awak juga akan 'bahagia' sepenuhnya. Kalau perlu menolak disebabkan keletihan atau stress atau apa saje alasan bro, tolak dgn cara yg halus. Kalau boleh, TUNDA...bukan TOLAK! hehehe....
Harap dapat membantu. Good Luck dlm Merintis Titian Gelojakan Nafsu
Bro Eddie
Surat 05 : Akibatnya bila EGO menguasai diri.....
Soalan:
Salam bro!
Bro, gua rasa awek gua ade main curang la bro. ni gua saspek je la... Takde bukti lg... dan gua xnak pun cari bukti. Gua nak tau dr lu... Kalau da rasa camni.... Lu rasa gua teruskan je atau break? Gua takmo buang masa bro. Byk lagi kene pikir. Gua takmo lu jawap panjang2, gua takde masa nak baca... cuma gua nak tau, nak stay ke nak blah?
Chow!!
Otak Sempoi
Sungai Besi
Jawapan :
Waalaikumsalam Bro Sg. Besi.
Waaah....! Cam betol2 marah je nih. Since lu nak wa break it down for u simple... wa cadangkan lu blah je! Setel... lu x pening, dia x pening, wa pun x pening...! Nak tau kenapa? Sbb wa rasa kalau lu stay...sian awek lu tu. Dr cara lu bahas... wa rasa lu ni seorang yg ego tinggi ya amat... sbb lu siasat pun idak, dan taknak langsung pikir nak bg peluang utk terbukti yg awek lu x bersalah. Lu da judge dia camtu, baik lu let go je. Sbb ujung2 bro... dia yg akan terseksa kalau stay dgn lu. Wa rasa da cukup pendek wa huraikan nih... so, Selamat Jalan Romeo.
Peace No War
Bro Eddie
Monday, February 20, 2017
Takut2 akan hubungan korang? Baca tips ini...
Sememangnya perasaan takut-takut atau kata omputih perasaan "Insecure" tu payah nak diketepikan.... Kadang2 sampai efek hubungan yg tgh terjalin baik. So, jika korang rasa ada perasaan itu, buatlah 5 perkara ini...
1. JANGAN BERLAGAK CAM KORANG BOLE BACA FIKIRAN PASANGAN KORANG...
Jika pasangan mengatakan sesuatu perkara, jangan anggap dia maksudkan sesuatu yg lain. Kalau dia tak berkata apa-apa, jangan anggap ada agenda tersembunyi pulak! Jangan sesekali perasan yg korang boleh membaca fikiran pasangan korang sbb Assumptions ini sgt bahaya... banyak negara yg sampai berperang disebabkan oleh 'Andaian' shj. Elakkan buat andaian... tanya je secara terus terang jika ada sesuatu yg korang perlu tahu.
2. JANGAN DUK TERBAYANG PERFECT RELATIONSHIP SGT...
Ini selalu menjadi masalah bile duk bayangkan so called perfect relationship... Mana ada daa...!!! Coz mmg takde sorang manusia pun yg perfect..betul Tak?? Ni semua bahana drama-drama Melayu ala-ala suwit-suwit hero ensem kaya amik org kampung jadi isteri tu... Haishhh. Yang penting sebenarnya.... bukan mencari perfect relationship... tetapi 'That Special Relationship' kata omputih. Maksudnya... jadikan lah hubungan korang tu istimewa.. walaupun tak perfect, tapi istimewa sbb itu lebih REAL! (bab nak jadikan istimewa tu atas daya kreatif korang la k....takkan semua nak ajor! ekekeke)
3. DULU DAN SEKARANG TAK SAMA BEB...!
Udah-udah la membandingkan hubungan dahulu (yg gagal setengah jalan) dengan hubungan yg kini tengah memekar.... especially bila ada sesuatu isu yg timbul... walau isu atau masalah yg timbul ada iras-iras dgn sejarah lama... jangan bandingkan!! Ianya akan menjadikan masalah itu lebih besar... Let go of the past okayy...!!. Buat sebagai iktibar itu harus, tapi sbgai perbandingan itu sangat bahaya....
4. JANGAN WUJUDKAN SESUATU YANG TAKDE...
Kadang2 contoh dari kes-kes org menjadi mimpi ngeri kpd kita... Again, sebagai iktibar boleh, tapi jgn sbagai andaian. Silap2 boleh jadi mewujudkan sesuatu yg mmg takde. Contoh, bila terbaca kes suami sipolan yg sering balik lewat dan dikantoi berskendal... maka bila suami sendiri pulak tetibe balik lambat sket, mula la cipta menda2 negatif dikotak fikiran dan kemudian trus sergah dgn tuduhan simpan betina bagai...! Akhirnya, sendiri merana bila silap.
5. PANDANGAN NEGATIF SILA TOLAK TEPI...
Seringkali pandangan dan pemikiran negatif menjadi ramuan kemusnahan sesuatu perhubungan. Korang kene betul2 berhati-hati sebab ini dtgnya terus dari otak. Tapi kalau dah memang dilahirkan nak negatif je... Sadaqallahulazimm je la. so, utk elakkan berfikir negatif dlm apa2 jua keadaan, Hargailah pasangan korang, kenali kekuatan mereka, sahut kejayaan mereka, senantiasa bg semangat kpd mereka dan sentiasa berada disisi mereka bila mereka dlm kesusahan.... nescaya, mereka akan nampak korang sebagai seorang yg positif dan tak secara langsung membuatkan korang sendiri jadi postif. End of the day, dorang pun happy...korang lagi lah happy... Win-win Situation! Kaaan....
Oleh itu wahai sahabat sekelian... GOOD LUCK in your relationships k. Jangan ada ragu2 sampai rasa mcm tak selamat je hubungan itu. Be strong dan ingat pesanan Eddie utk 5 perkara di atas.
Chao... Wassalam.
Sunday, February 19, 2017
Surat 04 : Mertua dari Neraka?
Soalan :
Salam bro Ed,
Sy dan suami tinggal dgn bapak & mak mertua disebabkan kami masih baru berkahwin. Masalah sy, mak mertua sy ni sering marah2, duk perati je apa yg sy buat dan komplen2 manjang. Semua yg sy buat x betul je. Suami sy pulak duk backing mak dia je walau terang2 dia yg salah. Abes camne? Takkan sy nak asyik bertengkar dgn suami je pulak? Skrg ni...tinggal seinci je lagi sabar sy taw. Mohon bantu.
Menantu Hantu
Jawapan:
Hahaha... Salam hormat wahai Menantu Hantu.
Perkara no 1, jgn derhaka dgn suami... Ayat dia baik2 utk dengar bisikan manja u. No 2, jgn lawan dan derhaka dgn mak mertua...sebab seolah-olah dia adalah ibu kite sendiri... So, guna pendekatan yg lebih halus. Racun anak dia utk pindah! Hahahaa....
Bukan utk memutuskan silaturahim antara emak dan anak, tapi utk menghindarkan perkara lebih buruk terjadi. Kadang2 bila da jauh ni...wangi la sket. Dekat2 tu yg busuk manjang. X semua gitu, tapi kebetulan u kene camtu. Kire kene byk sabor je la k. Cube try test tengok kalau leyh pujuk suami utk pindah... InsyaAllah akan lebih tenang. Tapi jgn lupa melawat dorang pulak yea.
Walaupun kalau cik suami agak berat hati... Teruskan memujuk sehingga berjaya k. Ini je cara terbaik selain dr mendoakan mak mertua u supaya jgn terlalu mengongkong anaknya dan menerima u seadanya.
All the best yea. InsyaAllah
Bro Ed
Saturday, February 18, 2017
Surat 03 - Teman Lelaki Baran
Soalan :
Assalamualaikum Abg Eddie,
Apa khabar? Diharap Abg sihat walafiat bersama keluarga tercinta.
Sha tengah pening ni. Sha tak tahu apa nak buat pasal teman lelaki Sha yang bermasaalah ni. Hubungan kami masih baru menjengkau 4 bulan. Sha muda lagi, baru 22 dan dia 25 tahun.
Apabila Sha pertama kali berkenalan dgn dia, dia begitu penyayang dan baik hati dan kami tidak pernah bertengkar... tetapi semenjak sebulan lepas ni, kami sering bertengkar. Ini adalah kerana dia mempunyai masalah peribadi yang dilaluinya sejak dari zaman remaja lagi yang melibatkan bapanya. Tapi bila ditanya, dia sering mengelak untuk menceritakan permasaalahan itu kepada Sha.
Setiap kali dia dalam mood bengang dgn bapanya (sudah bercerai dengan ibunya), dia bertukar menjadi seorang yang sangat baran, yang bermulut celupar dan mula memarahi semua yang berada disekelilingnya, termasuklah Sha tanpa sebarang alasan, hingga kadang2 dimaki hamunnya Sha. Namun dia tak sekali pun pernah menyentuh atau mencederakan Sha secara fizikal, cuma secara Verbal sahaja.
Tapi selepas itu, tiba-tiba dia akan cool sendiri dan mula menghubungi Sha dan meminta maaf dengan berkata bahawa dia tidak bermaksud untuk memarahi Sha dan memaki hamun Sha. Dia juga menyatakan betapa dia mencintai sha dan takut akan kehilangan Sha.
Sha juga amat sayang kepadanya, tetapi perangai dia menakutkan Sha. Cuba Abg Eddie bagi pendapat, apa yang Sha patut buat.
Terima Kasih.
Sha
Jawapan :
Waalaikumsalam Sha.
Alhamdullilah Abg dan keluarga sihat walafiat. TQ for asking.
Okay, berbalik kepada isu Sha... Apa yg Sha perlu buat? Abg rasa hanya perlu menunggu untuk dia berubah. You can't do much when he is not open to u. Hanya dia saja yang boleh mengubah situasi dan diri dia.
Abg bersyukur sebab dia tak pernah mencederakan Sha secara fizikal... tapi dengan baran sebegitu, dia ada potensi untuk melepasi boundry tersebut. Minta di jauhkan.... namun, realiti tetap realiti. Sudah banyak contoh yg hadir dr rakan-rakan abg berkaitan kes sebegini. Ianya akan menjunam kearah itu bile hubungan semakin akrab dan perasaan tidak boleh dipisahkan hadir dlm diri masing2.
Yang paling tidak pun Sha boleh buat ialah merujukkan dia kepada orang yang lebih arif berkenaan baran dan mood shifting ini... samada melalui psikiatri atau melalui ahli-ahli agama. Tujuannya adalah untuk menasihati, membimbing serta mengajar dia untuk menghadapi masalah yang sudah tertanam didalam hatinya itu sejak bertahun lamanya. Hanya itu sahaja jalan yang paling terang. Secara terus terang, abg rasa Sha mmg tidak boleh 'handle' dia dalam keadaan dia sekarang.
Kalau dia sanggup untuk mendapat bantuan sepertimana yang abg explain tadi, Alhamdullilah... sbb dia akan merasai kehidupan yang lebih tenang disamping org2 yg dia sayangi. Namun jika dia msh berkeras dan degil... Frankly speaking, no matter how good looking or rich the person is, LET HIM GO!. it's not worth the risk. Sebab selagi dia sendiri tidak berusaha utk mengubah dirinya, tiada siapa yg boleh lakukan untk dia. Lagipun usia hubungan Sha dgn dia masih ditahap awalan lagi.
Disamping itu, berdoalah dan buatlah solat hajat agar Tuhan melembutkan hatinya untuk berubah dan mendapat kan bantuan. InsyaAllah tuhan akan membantu mereka-mereka yg memerlukanNYA....aminn
Harap Sha faham kandungan pendapat abg. Fikir masak-masak apa yang Sha perlu buat. Bukan mintak Sha jadi selfish, tapi diri sendiri dan perasaan sensiri juga amat penting untuk dijaga. You are still young and have a long way to go.
Apa-apa pun, abg doakan yg terbaik utk Sha.
Sekian Saja. Wassalam
Abg EDDIE
Subscribe to:
Posts (Atom)