Saturday, February 18, 2017

Surat 01 - Siapa Aku Pada Dia?

Soalan :

Salam Eddie,

Nak tanya sikit ni... Saya ada dalam satu hubungan yang agak rumit. Ada seorang kawan lelaki ini yang saya telah kenali  untuk masa yang sangat lama. Kami berbual-bual di telefon, berwhatsapp, berwechat secara peribadi pada setiap hari untuk beberapa bulan kebelakangan ini.

Kadang2 rasa seakan ada cemburu bila ada orang lain yg hadir diantara kita dengan 'body language' yg menandakan ada potensi utk saya atau dia kenali lebih lanjut orang-orang itu. Semua kawan-kawan saya dan kawan-kawannya semua mengatakan bahawa kami semacam ada connection, tapi.... tiap kali bila dinyatakan, dia pasti akan membangkang dan menyatakan yg kami hanya best of friends...

Yang peliknya, kdg2 bile time hujung minggu, dia akan ajak sy keluar, tengok wayang, jalan2... happy2 sama2... dan kadang-kadang lepak bersama keluarga dia lagi. Terasa seolah2 kami ni berpasangan... tapi tiada antara kami pun yg menyuarakan apa-apa berkenaan perhubungan atau luahan perasaan.

Saya rasa saya mungkin telah jatuh cinta kepadanya.... tapi saya takut untuk menyuarakan cinta saya sbb risau ianya akan menakutkan dia. Saya rasa tak mampu akan kehilangannya. Dia sgt lah baik, memahami, jujur dalam perbuatan dan percakapannya.... ialah, ciri2 yg selama in sy dambakan dr seorang lelaki.... Tapi adakah dia berpandangan yang serupa dengan saya? Adakah dia juga takut kehilangan saya jika dia menyuarakan rasa cinta kepada saya? Yang penting, adakah dia rasa yang sama dgn apa yg saya rasa?

Saya tidak mahu kehilangan persahabatan kami tetapi saya mahu bersama dengan dia lebih daripada hanya kawan!

Apa pandangan awak en. Eddie?

Cik Runsing


Jawapan:

Wassalam Cik Runsing,

Hmm.... Menarik sekali soalan Cik. Malangnya, ini adalah satu keadaan yang sangat biasa dan saya benar-benar tidak tahu apa yang membuatkan sidia tidak berani berterus terang dengan Cik. Kebetulan Cik pun tidak memberitahu saya apa-apa mengenai latar belakang beliau jadi saya tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada dia telah pernah gagal dlm perhubungan dahulu sehingga menjadi takut untuk menjalin perhubungan lain... Jadi disini saya akan merumuskan satu cara yg 'unconventional' tapi kadang2 berkesan. Tetapi ingin saya nyatakan disini, bersedialah untuk menerima jawapan yang negatif dari sidia.

Cara yang terbaik adalah.... berusahalah untuk tidak sentiasa AVAILABLE untuk dia. Jarakkan sedikit ruang masa dengan dia. Walau perit, ianya tidak seperit dikecewakan secara terus. Dan kalau dia minta untuk berjumpa, kadang2 tu bagi alasan yang anda sedang sibuk atau keluar bersama rakan-rakan. Disamping itu, saja je bagitahu dia yang anda ada kenal seseorang yang anda nampak agak sesuai dan anda perlukan dia sebagai 'kawan rapat' untuk advise anda berkenaan 'lelaki' baru itu dimana anda akan ketemukan dengan sidia.

Alasan saya : Jika tetibe dia meroyan atau tersentap.... maka di situ terungkailah satu misteri iaitu dia memang ada perasaan dengan anda. Mungkin belum sampai ke tahap CINTA, tapi kasih sayang sudah pasti. And that can be nurtured to further into the actual LOVE yang anda dambakan. Jika dia Okay sahaja.... maybe, being a Good Friend is all there is between both of u.

Namun nasihat saya, sebelum anda lakukan cara itu... selidik lah dulu sedikit perihal hubungan dia bersama bekas kekasih dia dahulu. Anda kenal ahli keluarganya bukan? Merekalah 'orang dalam' yang paling logik untuk anda bertanya. Mungkin disitu akan terurai satu lagi misteri berkenaan KOMITMEN. Mungkin itu lah puncanya si dia tidak berani untuk pergi lebih jauh dari hanya seorang KAWAN. Dan jika ianya benar seperti yang dipikirkan, untuk mewujudkan confidence for commitment is not easy... and that is totally a different ballgame. Sbb jika dia benar takut.... dia kene uruskan hal itu dahulu sebelum mencuba untuk pergi lebih lanjut dengan sesiapa pun.

Dengan cara yang saya nyatakan tadi, saya pasti ianya akan meyakinkan si dia untuk membuat langkah pertama. Langkah pertama itulah yang amat penting untuk lanjutan perhubungan kalian. Namun, tiada janji akan kebahagiaan dalam pemberian pendapat saya, tapi yang pasti... U have something to start with now....

Selamat Mencuba dan saya akan berdoa untuk yang terbaik for the both of u. 

En. EDDIE





No comments:

Post a Comment