Wednesday, January 20, 2021

Surat 10 : Dilemma Anak & 2 Isteri

 Soalan :  (Selected from 2020 inquiry)

Assalamualaikum Bro.,

Salam hormat. Saya dalam dilemma ni. Sy ada dua orang isteri. Dengan yg pertama tak ada rezeki utk dapat zuriat (selepas refer pd doktor), itu sebab akhirnya nikah yg no 2. Alhamdulillah dapat rezeki kembar lagi. Sebab kan itu, no 1 tak ada masalah dengan no 2 sbb anak dijaga no 1. Alhamdulillah tiada masalah selama 6 tahun kebelakangan ni.

Ok dilemma saya... Baru dapat notis untuk 'relocated' ke Kedah utk 5 tahun. Betul-betul sebelah kampung isteri yg no 1. Isteri no 2 pulak baru kerja kat KL ni 2 bulan dan dia sgt happy dgn kerja dia. Dia takmo follow. So itu dah ok. Cuma anak2 nak ikut no 1, tapi no. 2 nak jaga mereka di KL sbb dah ada pembantu rumah... dan tahun ni yg sulong masuk darjah 1. Nak tolak offer mcm tak patut lak sbb ni career advancement dan 'naik pangkat' serta aik gaji... So camne bro? Pening gak ni.... lebih2 lg dgn isu COVID19 ni... risau lak apa nak jadi nanti.

Suami @ Ayah yg pening

Jawapan :

Salam Suami @ Ayah yg pening

Da agak terlewat nak respon ni... lagipun posting ni awal Januari tahun lepas... belum start PKP lagi 18 Mac 2020... so maybe bro da ada solution dah. tapi takpa, sy bg respon juga yea...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bg pihak bro... cuma bab dilemma tu je yang agak memeningkan yea. Hmm... kalau dari cerita bro... anak2 mmg rapat dgn no 1.. dan sememangnya no 1 pula manjakan mereka sbb dia x berupaya uutk memberi zuriat buat masa ini. Pada pendapat saya, bro teruskan je dgn kerja bro... relocated ke Kedah tu dgn no 1 bukan isunya. Alhamdulillah rezeki bro sangat baik. Namun dugaan tetap ada. Sesungguhnya Tuhan takkan menduga kiranya bro x mampu hadapi. Gerak hati bro da betul, maka teruskan. Pasal anak2, haknya ada pada ibunya (no. 2), maka berikanlah keadanya. Dgn adanya pembantu, insyaAllah akan terjaga kebajikan mereka... yg penting, bro tetap bagi nafkah walau isteri bekerja. Dan bersyukurlah kerana walau no 2 tak mau ikut, namun anak2 tetap dia nak jaga. Ada kes yg isteri lepas tangan semua pd suami dan duk solo2 je berjauhan... bukan ke itu lebih berisiko? So husnuzon dgn keputusan beliau. Sesungguhnya ada hikmah utk semua ni. 

Bro pula, kalau boleh, rancang sebaiknye jadi weekend husband ke.. so at least, kasih syg tetap terpelihara... lagipun tiada siapa tau future nanti kan... Pasal anak2 tu, pujuklah mereka... InsyaAllah akan okay. And kalau boleh...ada ruang masa, bawalah no 1 melawat mereka juga sekali sekala.. atau no 2 dtg melawat ke Kedah juga... 

Namun keadaan skrg mungkin lebih mencabar dgn PKP 2.0 bagai. Tambah lg sesi persekolahan juga terbantut... so, sy berharap agar segalanya dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah k bro... Semoga dipermudahkan dan All d best! 

Bro Eddie Signing off



No comments:

Post a Comment