Wednesday, January 20, 2021

Surat 11 : Bila Tetamu Menjadi Tuan Rumah

Soalan :  (Selected from 2020 inquiry)

Assalamualaikum Bang Ed,

Maaf kiranya isu yg ditonjolkan ini tak menepati citarasa blog ini, tapi y agak buntu sket ni... Begini, sy seorang perempuan bujang yg bekerja level eksekutif di Kuala Lumpur. Hidup menyewa sendirian dgn si comot (kucing oyen sy). Dah 3 tahun di KL ni bahagia je hidup kami. Sy mmg jenis private person so mmg jarang bersosial dan rumah adalah syurga sy.

Isunya, 2 bulan lepas (seminggu sebelum PKP 18 Mac), sy didatangi oleh sepupu sy, Ann. Dia mmg sepupu yg sgt rapat dr kecil... sama2 main pondok2, main masak2 masa kecik dulu. Sekolah pun sama. Bezanya, dia da berkahwin awal dan mempunyai seorang cahayamata. Dia dg dr kampung seorang saja kerana mempunyai satu inerview di KL ni. So, dia memohon jasabaik sy utk menumpang dicondo sy selama 2 ke 3 hari untuk preparation menghadiri interview itu. Sy dengan rela hati memberi kebenaran memandangkan dia sepupu rapat dan sedang memerlukan pertolongan.

Alhamdulillah interview dia berjaya. Ann diterima kerja oleh satu syarikat pharmaceutical di KL berdekatan dgn condo sy. Then dia mintak extend stay sbb start kerja terus. Sy ok je, asalkan jgn lama2 sgt... Tapi minggu depannya sebelum PKP, bila sy balik kerja... tetibe suami dan anak dia dah ada dirumah. Terkejut lah sy. Ann mintak tolong utk stay 2, 3 hari extra lagi. Berat hati, namun sy benarkan juga sbb kasihan gk anaknye rindu dgn ibunya.. 

Kemudian kerajaan isytihar PKP 2 minggu pertama.... Assudahh! Maka keluarga tu terkandas selama 2 minggu. Dlm ada masa itu, katanya suaminya cari kerja... masalahnya sampai sekarang ni dah dua bulan dan sy serabut sgt sbb:
1) Suaminya masih x bekerja dan jaga anak je

2) Utk jajan dia sekeluarga, dia setelkan.. tapi uk brg dapur, sy yg kena topupkan sbb alasan gaji dia kecil
3) Sewa rumah, utilities semua tetap sy je yg setel
4) Sy bertudung dan sy nak jaga aurat sy maka terpaksa bertudung 24-7 hingga dalam rumah

5) Privacy sy terganggu...dgn kehadiran satu keluarga tu. Semua ruang terpaksa di share dan remote TV pun bukan ditangan sy lagi.
6) Curi2 pandang dr suami Ann menggusarkan sy hingga sy tak berani berada dirumah itu tanpa Ann ada.
7) Si Comot hari2 kena buli, kena pijak, kena campak oleh anaknye..mak bapaknye langsung x hirau. bila sy tegur..dia kata.."ala..kucing je kot" stress sy.
8) Dapur selerak, pinggan x cuci dan mesin basuh ada je dorang letak pakaian dorang. 

Nak halau, sepupu.. nak biarkan.. takut semakin melarat. Tambah lg dgn PKP ni skrg.... kang abes dicanang kat kampung. Mak ayah sy juga yg malu nanti.

Tolong la bang Ed.... bg sy ilham sikit mcamana nak atasi permasalahan sy ni. Nanti sy belanja 3 layer tea k . :)

Wassalam

Gadis Gusar
Shaheila

Jawapan :

Salam Cik Eila...

Hmm.... berat gak ni actually sbb melibatkan family. I'll give u a short and simple solution k. Sebelum jadi lebih parah, u mmg kena ambil tindakan. Ada 2 cara.  Tapi sebelum guna antara dua cara ni.. slow talk dgn parents u sbgai 'insurans' ...hehehe. At least they know.

1) Mula2 u investigate dulu pasal gaji Ann... berapa income dia sebulan dan expenses dia. Dari situ u boleh kire kemampuannya. Bunyi mcm busybody, tapi demi kebahagiaan u..u kena selidik jugak. Bila dah tau... u tolong lah buat kire2 utk dia. Mmg keje extra... tapi itu je caranya. Kire sewa yg dia mampu, dapatkan lokasi / unit yg kena dgn bajet tu. kirekan juga expenses dia (roughly). Then bila semua da ada, u present je ka dia. Bgtau dia kena berdikari dan u dah tolong sebaik mungkin. Psl hubby dia u, atas dia la camne nak handle. Takkan keje dia pun u nak tolong carikan pulak kan? And bile u dah present kat dia... bg dia satu tarikh utk pindah. Sekurang2nya dia xleyh kata u zalim sbb u da permudahkan utk dia.

2) Tell her straight... bagi dia satu tarikh utk pindah keluar. Alasan u simple, u need ur privacy  and dia pun dah berkeluarga. Mmg pedih, tapi dia kena terima 'arahan' u ni. Mungkin dia akan merayu tapi u kena kuat, kalau dia meroyan.. lg mudah u nak jadikan sebab utk suruh dia keluar. Lebih2 lg kalau hubby dia masuk campur.

Ini je cara yg sesuai utk u buat. PKP ke tak PKP, benda yg perlu...maka ianya perlu. Bukan menzalimi org lain, tapi mengelakkan org lain menzalimi u. Dah cukup u tersiksa 2 bulan lebih. U need to take a rest gak. Abg rasa u need it.

Jangan lupa, do inform ur parents yea. Jadi sebelum jadi apa2 kat kampung, dorang dah dengar dr u dulu.

Hopefully actions yg u ambil hari tu...selaras dgn apa yg abg bgtau ni. Too bad its late.. tapi abg jawab gak.. maaf sgt yea. Psl 3 layer tea u.. sokay.. tak perlu pun takpe. :)

Semoga berjaya dear...

Abg Ed out!



No comments:

Post a Comment