Saturday, February 18, 2017

Surat 02 - Cemburu Itu Bisa Membunuh

Soalan :

Dear En. Eddie...... Tolongggggggg!!!!

Cemburu sedang merosakkan hubungan saya dan suami saya!

Saya berumur 35 tahun dan suami saya adalah 38. Beliau adalah seorang pengurus besar yang sangat kacak (pada saya) dan berjaya untuk satu syarikat Telco di pusat bandar. Dia pastinya bertemu ramai wanita profesional yang cekap dan menarik setiap minggu dalam persekitaran kerja; kerap ini melibatkan makan tengah hari atau makan malam dengan pelanggan dan rakan sekerja. Dia sering mendapat panggilan telefon di rumah dari wanita2 berkenaan kerjayanya sebagai seorang pengurus besar yang menguruskan perihal pakej-pakej baru Telco tersebut untuk barisan syarikat2 korporat di Malaysia. Dia juga sering Outstation demi kerana tugas.

Kami mempunyai dua anak, umur 6 dan 8. Saya tidak bekerja di luar rumah pada masa ini tetapi telah mengajar sekolah rendah. Suami saya adalah seorang yang baik, lemah lembut dalam tutur cara, penyayang, dan tak pernah kedekut walau sesen pun dengan saya atau keluarga. Dan dia tidak pernah sekalipun memberikan saya sebab untuk  saya  mengesyaki dia berlaku curang. Tapi memandangkan situasi kerja dia, saya rasa, saya telah tergolong dalam sifat Obsesi dengan suami saya. Saya selalu terbayang yang dia berkemungkinan akan jatuh cinta dengan mana-mana gadis yang dia temui didalam kerja hariannya. Setiap kali dia pulang dari kerja, saya akan menghidu najunya, periksa setiap sudut baju untuk tanda-tanda mencurigakan, periksa didalam kereta jika ada helaian rambut wanita lain atau bau-bauan minyak wangi perempuan.

Mula-mula dia ok dan redha sahaja... tapi lepas lama-lama, kelihatan suami saya seperti sudah fed-up dgn kelakuan saya. Dia semakin 'reserve' dan tak banyak berbual atau bercerita lagi kini. Hubungan kami semakin hambar. Bila pulang dari kerja, dulu saya yang disambarnya dahulu....kini tidak lagi. Anak-anak yang menjadi hiburannya. Saya terasa kecil hati, namun perasaan cemburu saya itu lebih besar bidangnya untuk terus sy memeriksa segala hal2 sampai ke buku-buku notanya,telefon bimbitnya dan sebagainya. Alhamdullilah tiada satu pun kesan atau bukti jika dia berlaku curang. Namun amat susah saya singkirkan perasaan cemburu ini.

Saya amatlah sayangkan dia.... saya sayangkan anak-anak saya, keluarga saya. Tapi saya amat risau dengan keadaan sekarang yang agak meruncing.

Tolonglah En. Eddie. Tolong bagi pendapat untuk mencari jalan keluar dari situasi ini. Saya amat memerlukannya demi keluarga saya.

Pn. Adilla (Bukan nama sebenar)


Jawapan :

Hai Pn Adilla yg bukan nama sebenar... hehehe

Malangnya bagi setiap hubungan intim, perasaan cemburu ada dimana-mana, dan ia akan menjadi satu kesukaran kerana  kita akan sentiasa bimbang tentang orang yang kita sayangi berhubungan bersama dengan orang-orang lain selain daripada diri kita sendiri. Saya faham, semakin kuat rasa cinta seorang isteri kepada suaminya maka semakin kuat pula rasa cemburu dalam hatinya. Namun harus hati2 akan CEMBURU BUTA.


Ditambah lagi, sepanjang kehidupan kita, pastinya kita telah bertemu dengan ramai yg berlainan jantina dimana kita telah belajar yang sesuatu perkahwinan itu bukan satu jaminan yang tidak akan ada tarikan lain yg akan berlaku.


Walau bagaimanapun, kebimbangan Puan agak drastik dan sgt bahaya. Ada peribahasa omputih menyatakan "One could lose everything just because of the green-eyed monster inside of you".. yang mana sedang berlaku dan ada kemungkinan untuk menjadi lebih teruk jika tidak dibendung.

Puan ada menyatakan yang suami puan tidak pernah memberi sebab atau bukti yang dia perlu diragukan tapi kenapa you didn't stop there? Kenapa perlu diteruskan siasatan2 yang terlalu drastik sehingga membuatkan suami Puan terasa dan semakin menyinggirkan dirinya dari Puan? 

Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa ini situasi yang selamat untuk Puan dan boleh menyebabkan kesengsaraan dikemudian hari. Mungkin Puan tidak lagi merasa diri Puan tidak menarik lagi kepada suami Puan. Mungkin juga kerana puan kini telah menjadi surirumah dan perasaan Puan sebagai seorang wanita yang penting dan bijak telah hilang sebab Puan telah melepaskan kerjaya Puan dahulu. Kadang2, tanpa Puan sedari... sebenarnya bukan suami Puan yang Puan cemburui... tetapi wanita-wanita yang bekerjaya itulah yang sebenarnya yang Puan cemburui.

Yang saya nampak disini adalah Puan perlu menilai perasaan Puan sendiri dari segi kepercayaan kepada suami Puan, perasaan cinta dan kasih sayang Puan kepadanya, kepentingan dia dalam hidup Puan dan keharmonian serta keselesaan pada diri Puan sendiri samada sebagai surirumah atau seorang yang bekerjaya. Keraguan yang dilangsungkan keatas suami Puan sebenarnya mencerminkan ketidakstabilan emosi Puan. Saya cadangkan Puan untuk menilai keupayaan diri Puan sendiri. Puan perlu melakukan apa yang diperlukan untuk membina diri dan semangat Puan kembali sehingga tahap keyakinan Puan seperti pada masa mula-mula bercinta dahulu. Tak mustahil.... Puan dan suami puan akan BERCINTA KEMBALI... 

Disamping itu.... Rajin-rajin lah berdoa kepada tuhan setiap kali lepas solat agar dikekalkan perhubungan bersama suami serta menghindarkan dari perasaan cemburu buta.

All the best yea. Diharap pendapat saya dapat membuka sedikit ruang kepada Puan untuk memperbetulkan apa yang perlu. Doa sy adalah untuk yg terbaik kepada Puan sekeluarga.

Wassalam.

En. EDDIE


No comments:

Post a Comment