Saturday, February 18, 2017

Surat 03 - Teman Lelaki Baran

Soalan :

Assalamualaikum Abg Eddie,

Apa khabar? Diharap Abg sihat walafiat bersama keluarga tercinta.

Sha tengah pening ni. Sha tak tahu apa nak buat pasal teman lelaki Sha yang bermasaalah ni. Hubungan kami masih baru  menjengkau 4 bulan. Sha muda lagi, baru 22 dan dia 25 tahun.

Apabila Sha pertama kali berkenalan dgn dia, dia begitu penyayang dan baik hati dan kami tidak pernah bertengkar... tetapi semenjak sebulan lepas ni, kami sering bertengkar. Ini adalah kerana dia mempunyai masalah peribadi yang dilaluinya sejak dari zaman remaja lagi yang melibatkan bapanya. Tapi bila ditanya, dia sering mengelak untuk menceritakan permasaalahan itu kepada Sha.

Setiap kali dia dalam mood bengang dgn bapanya (sudah bercerai dengan ibunya), dia bertukar menjadi seorang yang sangat baran, yang bermulut celupar dan mula memarahi semua yang berada disekelilingnya, termasuklah Sha tanpa sebarang alasan, hingga kadang2 dimaki hamunnya Sha. Namun dia tak sekali pun pernah menyentuh atau mencederakan Sha secara fizikal, cuma secara Verbal sahaja.

Tapi selepas itu, tiba-tiba dia akan cool sendiri dan mula menghubungi Sha dan meminta maaf dengan berkata bahawa dia tidak bermaksud untuk memarahi Sha dan memaki hamun Sha. Dia juga menyatakan betapa dia mencintai sha dan takut akan kehilangan Sha.

Sha juga amat sayang kepadanya, tetapi perangai dia menakutkan Sha. Cuba Abg Eddie bagi pendapat, apa yang Sha patut buat.

Terima Kasih.

Sha

Jawapan :

Waalaikumsalam Sha.

Alhamdullilah Abg dan keluarga sihat walafiat. TQ for asking.

Okay, berbalik kepada isu Sha... Apa yg Sha perlu buat? Abg rasa hanya perlu menunggu untuk dia berubah. You can't do much when he is not open to u.  Hanya dia saja yang boleh mengubah situasi dan diri dia.

Abg bersyukur sebab dia tak pernah mencederakan Sha secara fizikal... tapi dengan baran sebegitu, dia ada potensi untuk melepasi boundry tersebut. Minta di jauhkan.... namun, realiti tetap realiti. Sudah banyak contoh yg hadir dr rakan-rakan abg berkaitan kes sebegini. Ianya akan menjunam kearah itu bile hubungan semakin akrab dan perasaan tidak boleh dipisahkan hadir dlm diri masing2.

Yang paling tidak pun Sha boleh buat ialah merujukkan dia kepada orang yang lebih arif berkenaan baran dan mood shifting ini... samada melalui psikiatri atau melalui ahli-ahli agama. Tujuannya adalah untuk menasihati, membimbing serta mengajar dia untuk menghadapi masalah yang sudah tertanam didalam hatinya itu sejak bertahun lamanya. Hanya itu sahaja jalan yang paling terang. Secara terus terang, abg rasa Sha mmg tidak boleh 'handle' dia dalam keadaan dia sekarang.

Kalau dia sanggup untuk mendapat bantuan sepertimana yang abg explain tadi, Alhamdullilah... sbb dia akan merasai kehidupan yang lebih tenang disamping org2 yg dia sayangi. Namun jika dia msh berkeras dan degil... Frankly speaking, no matter how good looking or rich the person is, LET HIM GO!. it's not worth the risk. Sebab selagi dia sendiri tidak berusaha utk mengubah dirinya, tiada siapa yg boleh lakukan untk dia. Lagipun usia hubungan Sha dgn dia masih ditahap awalan lagi.

Disamping itu, berdoalah dan buatlah solat hajat agar Tuhan melembutkan hatinya untuk berubah dan mendapat kan bantuan. InsyaAllah tuhan akan membantu mereka-mereka yg memerlukanNYA....aminn

Harap Sha faham kandungan pendapat abg. Fikir masak-masak apa yang Sha perlu buat. Bukan mintak Sha jadi selfish, tapi diri sendiri dan perasaan sensiri juga amat penting untuk dijaga. You are still young and have a long way to go. 

Apa-apa pun, abg doakan yg terbaik utk Sha.

Sekian Saja. Wassalam

Abg EDDIE


No comments:

Post a Comment