Monday, February 20, 2017

Takut2 akan hubungan korang? Baca tips ini...

Sememangnya perasaan takut-takut atau kata omputih perasaan "Insecure" tu payah nak diketepikan.... Kadang2 sampai efek hubungan yg tgh terjalin baik. So, jika korang rasa ada perasaan itu, buatlah 5 perkara ini...

1.  JANGAN BERLAGAK CAM KORANG BOLE BACA FIKIRAN PASANGAN KORANG...
Jika pasangan  mengatakan sesuatu perkara, jangan anggap dia maksudkan sesuatu yg lain. Kalau dia tak berkata apa-apa, jangan anggap ada agenda tersembunyi pulak! Jangan sesekali perasan yg korang boleh membaca fikiran pasangan korang sbb Assumptions ini sgt bahaya... banyak negara yg sampai berperang disebabkan oleh 'Andaian' shj. Elakkan buat andaian... tanya je secara terus terang jika ada sesuatu yg korang perlu tahu.

2.  JANGAN DUK TERBAYANG PERFECT RELATIONSHIP SGT...
Ini selalu menjadi masalah bile duk bayangkan so called perfect relationship... Mana ada daa...!!! Coz mmg takde sorang manusia pun yg perfect..betul Tak?? Ni semua bahana drama-drama Melayu ala-ala suwit-suwit hero ensem kaya amik org kampung jadi isteri tu... Haishhh. Yang penting sebenarnya.... bukan mencari perfect relationship... tetapi 'That Special Relationship' kata omputih. Maksudnya... jadikan lah hubungan korang tu istimewa.. walaupun tak perfect, tapi istimewa sbb itu lebih REAL! (bab nak jadikan istimewa tu atas daya kreatif korang la k....takkan semua nak ajor! ekekeke)

3. DULU DAN SEKARANG TAK SAMA BEB...! 
Udah-udah la membandingkan hubungan dahulu (yg gagal setengah jalan) dengan hubungan yg kini tengah memekar.... especially bila ada sesuatu isu yg timbul...  walau isu atau masalah yg timbul ada iras-iras dgn sejarah lama... jangan bandingkan!! Ianya akan menjadikan masalah itu lebih besar...  Let go of the past okayy...!!. Buat sebagai iktibar itu harus, tapi sbgai perbandingan itu sangat bahaya....

4. JANGAN WUJUDKAN SESUATU YANG TAKDE...
Kadang2 contoh dari kes-kes org menjadi mimpi ngeri kpd kita... Again, sebagai iktibar boleh, tapi jgn sbagai andaian. Silap2 boleh jadi mewujudkan sesuatu yg mmg takde. Contoh, bila terbaca kes suami sipolan yg sering balik lewat dan dikantoi berskendal... maka bila suami sendiri pulak tetibe balik lambat sket, mula la cipta menda2 negatif dikotak fikiran dan kemudian trus sergah dgn tuduhan simpan betina bagai...! Akhirnya, sendiri merana bila silap. 

5. PANDANGAN NEGATIF SILA TOLAK TEPI...
Seringkali pandangan dan pemikiran negatif menjadi ramuan kemusnahan sesuatu perhubungan. Korang kene betul2 berhati-hati sebab ini dtgnya terus dari otak. Tapi kalau dah memang dilahirkan nak negatif je... Sadaqallahulazimm je la. so, utk elakkan berfikir negatif dlm apa2 jua keadaan, Hargailah pasangan korang, kenali kekuatan mereka, sahut kejayaan mereka, senantiasa bg semangat kpd mereka dan sentiasa berada disisi mereka bila mereka dlm kesusahan.... nescaya, mereka akan nampak korang sebagai seorang yg positif dan tak secara langsung membuatkan korang sendiri jadi postif. End of the day, dorang pun happy...korang lagi lah happy... Win-win Situation! Kaaan....

Oleh itu wahai sahabat sekelian... GOOD LUCK in your relationships k. Jangan ada ragu2 sampai rasa mcm tak selamat je hubungan itu. Be strong dan ingat pesanan Eddie utk 5 perkara di atas.

Chao... Wassalam. 


No comments:

Post a Comment