Thursday, February 16, 2017

Rahsia tak tunjuk muka

Ada sorang kawan FB mengadu.... setiap kali nak mengambil gambar bersama-sama... walaupun dengan kawan-kawan yg lain, pasti boyfren nya berpaling muka atau terang-terang menutup muka. 

Alasannya adalah sebab tak suka gambar diambil. Katanya..kalau la MyKad dan Lesen kereta tu tak diwajibkan bergambar, dia akan elakkan. Setelah mengenalinya selama 2 tahun, lebih 500 keping foto yang diambil bersama... walaupun masa pergi bercuti-cutian bersama group2 whatsapp, tetap tidak berpeluang mendapat gambar rupa paras kekasih hatinya. Sidia sangat risau jika ketika majlis tunang atau kahwin nanti, kekasihnya tetap tidak mahu bergambar. Akan hilanglah segala identiti perhubungan yang telah dibina bertahun-tahun itu nanti.

Akhirnya satu hari... semuanya terbongkar...! Rupanya si kekasih hati itu SUDAH BERKAHWIN.... !! Dah KAHWIN DUA pulak tuh! Padan lah segala alasan dan muslihat... takut wajahnya diviralkan sampai kantoi. Namun Tuhan itu maha kuasa.... salah satu gambar percutian yang diambil secara Candid oleh syarikat perlancungan untuk tujuan promosi perkhidmatan mereka telah memviralkan melalui internet. Gambar mereka sedang bersukaria ada disitu...maka terkantoi lah oleh isteri2nya. Cerita selanjutnya tak perlu didedahkan... yg penting, ada dua pengajaran disini...

1. Jika pasangan anda ragu2 untuk bergambar setiap kali anda bagitahu nak post kat FB... siasat lah sebelum terlambat.... mungkin benar dia ada sebab yg wajar atau hanya alasan utk tidak kantoi.

2. Jika anda lah jenis yg x suka gambar diambil... hati-hati dgn candid shots atau paparazzi tak bertauliah... silap2 tanpa anda perasan, anda dah terkantoi!! hahahaha...


2 comments:

  1. Aku tak suka ambik gambar sebab tak hensem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... Salah satu alasan yg agak lemah actually....

      Delete